Monday, 28 March 2011

WHO MAKES A GOOD FRIEND?



SIAPA KAWAN YANG BAIK?    

WHO MAKES A GOOD FRIEND?   

                                 

               Dua orang membolehkan persahabatan yang berjaya dan dua orang juga menghancurkan persahabatan. Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil masa yang lama.  Remaja mempunyai ramai kawan, terutama di sekolah.  Ada yang bertahan hanya seketika, tetapi terdapat segelintir yang rapat sehingga tamat persekolahan dan berterusan.  Inilah kawan baik atau kawan karib anda.  Walau pun kawan karib biasanya sebaya dengan anda, terdapat juga kawan karib di kalangan mereka dari luar alam persekolahan anda.  Kawan karib boleh juga terdiri dari ahli keluarga seperti adik beradik dan datuk/nenek.  Ibu bapa anda juga boleh dijadikan kawan karib anda. 







~  Kualiti kawan karib 

Kawan baik atau kawan karib mempunyai lebih banyak ciri-ciri berbanding kawan biasa. Antaranya ialah: 

-  Intuitif – tahu bila kawan memerlukan bantuan, seseorang yang anda boleh bergantung harap dalam apa keadaan sekali pun. 


-  Anda boleh rileks dan berdamping – bergembira, berkongsi perasaan dalaman (harapan, keriangan, ketakutan), boleh bercakap dengannya, boleh serius dengannya, membahagiakan antara satu sama lain, menangis, ketawa bersama, berbelas kasihan dan saling mendengar. 


-  Menerima anda seadanya – tidak kira siapa anda, tidak malu berdamping dengan anda, tidak mentertawakan anda apabila berkelakuan bodoh, tidak menjatuhkan anda apabila anda membuat kesilapan, tidak menghukum, mengkritik atau membuatkan anda kelihatan bodoh. 


-  Berempati dengan anda – memahami dan prihatin terhadap perasaan anda.  Dengan kata lain, ‘boleh memakai kasut anda’.


                  -  Boleh diharap dalam masa susah dan senang, saling membantu. 

                  -  Terbuka dan jujur tanpa melukakan hati anda. 


-  Beri sokongan moral – mendorong anda mencapai kejayaan dan melakukan yang terbaik. 


-  Menghargai antara satu sama lain. 

 -  Baik hati dan bertimbang rasa. 


 -  Anda boleh menjadi anda sebenarnya – boleh marah tetapi tetap berkawan. 


 -  Melihat dan menjelmakan yang terbaik dari anda (menyokong, menggalakkan, bersikap 
positif). 
-  Tidak pernah menjatuhkan maruah anda. 
-  Serius dalam persahabatan. 
-  Sedia mendengar. 
    
•  Pentingnya persahabatan semasa remaja 


~  Peluang menerokai dan memahami diri sendiri 
       Rakan karib berbincang secara terbuka dan jujur.  Ini menjadikan remaja berupaya menjadi peka terhadap kekuatan dan kelemahan, keperluan dan keinginan satu sama lain.  Apa yang penting ditekankan ialah pembentukan konsep kendiri, mengambil perspektif, identiti dan ikatan yang intim melebihi keluarga. Ikatan emosi ini menyediakan remaja untuk perhubungan cinta.  (Savin-William & Berndt, 1990, Sullivan, 1953). 


~  Membantu semasa tertekan di kalangan remaja 
       Kerapatan persahabatan yang terbina di kalangan kawan-kawan menyebabkan kepekaan yang meningkatkan empati dan tingkahlaku pro-sosial.  Terdapat laporan yang menyatakan bahawa kawan-kawan yang menyokong mengurangkan masalah seharian dan meningkatkan harga diri.  Keadaan ini memberi faedah kepada individu dengan memupuk harga diri dan kesejahteraan, dan mengurangkan kerisauan dan kesunyian.  


~  Memperbaiki sikap 
      Adalah amat penting memilih kawan yang betul.  Ini adalah kerana kawan-kawan mempengaruhi remaja.  Oleh yang demikian, melalui persahabatan yang memuaskan, remaja berupaya meningkatkan prestasi akademiknya.  Bersandarkan kepada nilai pencapaian yang tinggi dari seorang rakan, ia boleh memastikan pencapaian yang terbaik. Ianya juga meningkatkan penyesuaian diri di sekolah – bergembira melalui interaksi.  Alam persekolahan dilihat sebagai pengalaman yang positif. 
  
•  Hubungan rakan sebaya dan perkembangan remaja 



      Kelly dan Hansen (1987) merumuskan 6 faktor positif yang menyumbang kepada perkembangan remaja melalui perhubungan rakan sebaya:  


~  Mengawal naluri agresif 
   Terdapat bukti yang menunjukkan kanak-kanak mempelajari cara mengawal naluri agresif 
melalui interaksi dengan rakan sebaya dan bukannya hasil interaksi dalam keluarga atau di 
sekolah. 


~  Memperolehi sokongan emosi dan sosial dan belajar berdikari 
       Hubungan rakan sebaya menggalakkan peralihan dari pergantungan kepada keluarga 
kepada bentuk kehidupan yang lebih berdikari/bebas. 


~  Menyediakan peluang untuk mencuba pemikiran, emosi dan tingkah laku baru  
      Tingkah laku dan pemikiran baru boleh dipelajari melalui perbualan, berdebat, malahan 
berkonflik/bertelagah dengan rakan sebaya. 


~  Membentuk sikap mengenai seks, minat dan tingkah laku peranan jantina 
      Terdapat bukti yang menunjukkan sikap mengenai seks dan tingkah laku peranan jantina 
dibentuk oleh interaksi dengan rakan sebaya.  Sikap ibu bapa yang tidak membantu dalam 
perkara ini menguatkan lagi pengaruh rakan sebaya. 

-  Membentuk pertimbangan moral dan nilai-nilai sosial 

Dapatan kajian mencadangkan bahawa kuantiti dan kualiti hubungan rakan sebaya ada 
kaitan dengan perkembangan moral remaja.  


-  Memperbaiki atau mengekalkan harga diri melalui interaksi secara strategik Remaja melakukan interaksi sosial yang menyumbang kepada memperolehi, menyembunyi, atau mendedahkan informasi secara tidak langsung untuk mengekalkan atau meningkatkan harga diri. 




                               •  Memperbaiki diri sebagai kawan


                -  Jadilah orang pertama meminta maaf selepas perbalahan. 
                -  Langkah ke dalam kasut rakan anda – untuk benar-benar memahaminya. 
                -  Tunjukkan penghargaan melalui perbuatan yang menunjukkan kemesraan.
                -  Tunjukkan kejujuran dan beritahu perasaan sebenar anda. 
                -  Pengaruhinya supaya menjadi baik – menjadi positif. 
                -  Bersikap serius terhadap persahabatan. 
                -  Jangan buat perkara-perkara berikut: 
                   ¾ Bercerita buruk tentang dirinya di belakang. 
                    ¾ Rasa cemburu 
                   ¾ Percaya khabar angin tanpa bukti nyata. 
                   ¾ Katakan yang baik-baik supaya tidak melukakan hatinya. 
                   ¾ Buat sesuatu yang anda sendiri tidak ingini
¾ Cepat membuat andaian.










Sunday, 27 March 2011

Kawan Baik






Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik
 tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik
 tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya
untuk mencapai kejayaan.


Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.


Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.


Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.


Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .


Kawan yang baik
 tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik
 akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalahkawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi
 kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat
 kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.





Dan semoga kita menjadi
 kawan baik yang baik...!!!!!









Kawan atau Lawan??


Assalamuailaikum...hello pada semua...hari nie nk share2 tentang satu tajuk iaitu Kawan atau Lawan?
apa itu kawan?? kalau dikumpulkan kumpul 1000 orang skalipun mesti jawapan berbeza2 kan??
setiap orang ada pendapat tersendiri.... bagi saya kawan itu adalah  seorang sahabat yang selalu di sisi di saat jatuh bangun,gembira.ataupun duka.tanpa kawan macam hidup x seberapa sempurna..emm.tp knp kawan perlu menjadi lawan??adakah dengan menjadi lawan kepada kawan sendiri,kita dapat mengecapi apa yang kita impikan?sshkan kalu ad kwn yang menjadi lawan.mari kita elakakn kawan yang sebegini.




kawan makan kawan:bab ini paling x suka sekali,klu ada kawan yang mmg suka makan kwan.mcm takde lauk ke nak makan?? lapar sangat la tue kot.haha.. kawan mcm nie memang saje nak ambil kesempatan terhadap diri kita yang mempunyai kelebihan.mmg x di nafikan ramai yang berperangai sebegini.alangkah ruginya mempunyai perangai sebegini.sannggup kawan sendiri pom boleh pedal.mcm x de keje lain..sya pernah mengalami perkara sebegini.mmg sakit hati di buatnya..tp sabor jew lah..klu dh x tahan..x dpt nk bayangkan..hehehe.harap x jumpa dh golongan sebegini..

kawan yang berhasad dengki: yang ni mmg slalu jumpa la,.. spesis yang tak boleh tgk orang laen lebih dari dia... bila kat belakang  mula lah nak mengutuk atau mengata2 mcm2 pasal kita..mula lah wak2 cerita dah 2 sebarkan kat lain2..utk malukan kita. tapi yang tak boleh tahan apa yang kita ade dia pon nak ade..mmg kaki dengkilah..

kawan yang suka menghasutspesis ni pulak suka cakap buruk pasal kita.. dia nak semua orang benci kat kita... ape kejadah ntah dia buat macam tue... kalau dapat duit berjuta2 xpe la jgk,, nie dapat dosa jew lebih... maybe orang mcm nie dia x akan puas hati terhadap kita.... mcm ade kaitan jugak lah dengan hasad dengki tue....ssh kalu ad kawan mcm nie.

kawan yang tak jujurkawan nie akan muncul di saat masa kita senang jew. laju cam kilat dye dtg kat kita sampai berkepit time kita senang, orang kate senang sama senang,tp susuah x nk same2.nak2 kalau poket  dah tebal,.mulalah ajak keluar... konon2 nak spend time ngan kawan... ye la sgt... kategori nie mmg kawan bersebab la,, nak ambil kesempatan laa tuh..


so nak pilih kawan berhati-hatilah.,, ada jugak  orang kata musuh adalah kawan kita.. dan kawan adalah musuh kita... bila pikir2 balik mcm betul jugak... sbb musuh kita dia akan sentiasa cari kelemahan kita,, jadi kita dapat la baiki kelemahan kita.... kawan pulak slalu je meng'iya'kan n puji kita sbb tak nak kita terasa, nak jaga hati kita.. tapi kalau dah buruk kene jugak bagitahu... give n take sangat lah penting,, jangan nak cepat terasa kalau kene tegur.. n jangan terlalu berbangga kalau kene puji....kepada yang dah terkena virus nie..jom hadapi dengan lawan anda dengan langkah di bawah.



 Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:

1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.
2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.
4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.
5. Jangan bersikap pura-pura.
6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.
7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.
8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.
9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.
10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.
11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik
12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.


Friday, 25 March 2011

Adab ketika minum



assalamualaikum...hari ini sya nk share tentang Adab-adab ketika minum.......emm pernahkah anda minum ketika berdiri?kadang-kadang jika anda dalam keadaan kelam kabut dan terlalu haus,anda jarang mengikut adab ketika minum.sepatutnya perkara ini perlu ingat selalu kerana islam menjaga tatatertib dalam setipa perbuatan.Mari kita lihat beberapa adab dan garis panduan yang perlu diamalkan ketika hendak minum.


1.Bacaan "Bismillah"dan Alhamdulilah

Sebagai seorang muslim,setiap perkara yang kita lakukan perlu dimulai dengan bacaan"Bismillah"sebagai pembuka sesuatu perbuatan,diakhiri dengan bacaan "Alhamdulilah"supaya apa sahaja yang kita lakukan itu akan diberkati oleh-Nya.



2.Minum dengan tiga kali nafas

Rasullulah SAW tidak pernah bernafas ketika minum melainkan menjarakkan hidung dan mulutnya daripada gelas.Hal ini dijelaskan di dalam hadis sahih bahawa Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud"Apabila salah seorang daripada kalian minum maka janganlah ia bernafas di dalam gelas akan tetapi hendaklah ia menjauhkan rempat minumnya dari mulutnya"(hadis riwayat lbnu majah dan Abu HUrairah r.a).Cara ini dinyatajan amat berkesan untuk mendapatkan lebih kepuasan dan menghilangkan dahada sepenuhnya.


3.Minun dalam keadaan duduk

bagi membezakan orang islam dengan agama lain ialah adab sopan perlu ada dalam setiap perbuatan.Oleh itu ambilah masa mencari tempat yang sesuai untuk duduk ketika minum kerana budaya baik inilah yang perlu kita tunjukkan kepada bangsa lain.Tetapi jika tiada langsung tempat untuk duduk maka barulah anda haruskan minum sambil berdiri.



4.Amalan hidup sihat

Islam melarang kita menghembuskan nafas ke dalam minuman bukan tanpa sebab.Perkara ini dititik beratkan kerana kepentingan kebersihan seperti air lidah,hingus atau bau-bauan yang tidak diingini boleh memasuki ke dalam air minuman tersebut.Jika diminum,ditakuti akan mendatangkan kemudaratan.



5.Berehat dahulu.

selepas melakukan kerja-kerja berat pasti anda akan berasa haus.tetapi perlu diingat bahawa anda perlu berehat terlebih dahulu sebelum meneguk sebarang minuman.Ini kerana organ dalaman yang penat bekerja seharian perlu diberikan masa untuk berehat sebentar sebelum melakukan aktiviti seterusnya.



6.jangan minum sekali teguk

Tidakkah anda sedar bahawa jika anda minum tanpa bernafas walaupun sekali ia boleh mendatangkan kemudaratan kerana wap panas yang anda sedut ketika minum boleh menimbulkan sekatan pada kerongkong.Jika itu berlaku,anda boleh tercekit ketika minum.Maka bernafaslah ketika minum seperti mana Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud"sesungguhnya yang demikian lebih memuaskan,lazat dan mudah ditelan serta lebih selamat,.(hadis riwayat Muslim,Ahmad,Bukhari,Abu Daud,At-Tirmidzi,Ibnu majah)




oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga tingkah laku kita ketika minum..




Thursday, 24 March 2011

SAHABAT SEJATI KEKAL ABADI

Assalamualaikum...hari nie sya nk  berkongsi dengan anda semua tentang  sahabat sejati..emm anda ad x sahabat sejati??sahabat sejati atau sahabat yang simpati..bukanya mudah untuk mempunyai seorang sahabat yang betol2 sejati..dan betol2 ikhlas mahu berkawan sehidup semati katakan..emm.....pe2 pom..sya nk mulakan cerita nie dengan di mulakan dulu dengan sebuah puisi yang indah.

KAWAN SEJATI

Nasihatmu....luahanmu..
Dari keikhlasanmu hati
Keperibadianmu,sikap penyayang
Serta sedikit kekecohanmu
Membuatkan aku senang di sisimu
Kau... adalah kawan rapatku
Berkongsi perasaan dan pengalaman

Kawan..ketahuilah
Realiti dunia fana ini
Jika diperhatikan rentaknya serupa
Perjalanan hidup insan sama sahaja
Cuma kita yang perlu bijak mentafsir
Akan setiap perbezaannya
Tiada yang mudah dimiliki 
Dan tiada apa yang susah 
Untuk kita mencari
Oleh itu,marilah kita berusaha untuk terus
Memperbaiki dan cuba menberi yang terbaik
Kerana dengan cara itu
Kita dapat mengangkat 
Martabat diri dan kualiti diri.



Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.betol x??emm
Apa yang kita alami demi kawan-kawan, kadang-kadang melelah dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering mengundang beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan itu bahkan erat bersama kerananya...
Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya.
Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi mampu berinisiatif memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.
Kerinduannya menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesusahan. Siapa yang berada di samping anda ??
Siapa yang anda luahkan bila anda saat anda putus cintai ??
Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak boleh memberikan apa-apa ??
so..jadilah sahabat sejati..bukannya  hanya menjadi kawan simpati....

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.


**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **



contohilah mereka....
hanya utuk iklan sahaja..hehehehe



Wednesday, 23 March 2011

KAWAN,KENALAN ATAU SAHABAT??


Assalamuailaikum..firtsly i want to say thanx kepada sesiap yang bace kat blog sya.ok.td duk sibuk2 cari kata-kata sahabat..terjumpa plak satu tajuk tentang sahabat,kenalan atau sahabat..emm..mcm best jew tajuk nie..sy cm pelek jw.buka kew same??tp..lepas jew tahu nk bezakan antara kawan,kenalan atau sahabat..baru sya tau..3 ia amat berbeza sekali..jom kita bezakan..

kawan = manusia yg berjumpa lantas berkenalan & bertambah mesra, berkongsi cerita...berkongsi kehepian, berjalan sama2

.kenalan = manusia yg berjumpa lantas berkenalan...mesra apabila bertemu, hanya berkongsi cerita formal & isu semasa / kerjaya/ study.

sahabat = manusia yg berjumpa lantas berkenalan & bertambah mesra, berkongsi cerita suka & duka, sanggup berkorban masa & tenaga, sudi menjadi kaunselor/ polis/ hakim ... tidak mengambil kesempatan/ menggunakan apabila diperlukan/ bersama2 dlm hepi & duka..

mcm mane..dpt bezakan x??mmg  payah kn nk carik sahabat sejati..kalo kiter kenang kesah persahabatan Abu Bakar as-Siddiq dgn Nabi Muhammad s.a.w...itula contoh kesah sahabat sejati, orang kata kekadang sahabat lebih bermakna dari kekasih...masalah kekasih,kehepian bersama kekasih sumer kita kongsi dengan sahabat...

kekadang owg yg kiter kenal hanya pandai ambik kesempatan terhadap kita. bila time senang,kompen x cari tp bila dah susah..alamak kita yang di carinya.. nk hepi sama2  pom ad sebab tertentu...nk pinjam motorlah, xder transport..leh la berjalan samer2, sbb nk gunakan kepentingan tertentu..mungkin kiter ni rapat dgn owg tertentu yg leh diambil benefit@kiter ader kemahiran tertentu yg boleh dibantu, biler ader owg yg lebih bgs...ader kereta sendiri...ngam ngam choi jek berjalan tanpa bgtau, menipu lagik...xjujur dlm berkawan, kater pi sini, rupenyer pi ctu..alasan mungkin xnk diganggu oleh kwn2 yg kelompok lain..& ada jugak kwn yg biler sunyi ditinggalkan kekasih ker, pandai carik owg nk luahkan perasaan, pastu biler da ok..bla mcm tu jek...ini sumer jenis kenalan biasa, bkn kawan,apatah lagi sahabat)

Kata Mutiara
"selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih dari itu,ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari.

Alhamdulilah..akhirnya my blog dah pun siap..tp apa yg nk posts ex??emm........pe2 pom...kne perkenalkn diri dlu ex...emm....
name manja..azil @ J...duk k.terengganu...officially 21 years old...but wait only 1 month yep...hehhe..
i'm juzz simple person...less is more rite....hehehe...selalu hapy...laugh...smile...and suka buat lawak laa....tp xlaa selalu...emm....i am very sensitive person...hehehe..suka independeant.....tidak sombong..
hobi suka main futsal laa.....tp kadang2 jw...cz kne tggu kwn2 laa.s..bru dpt main..hehehe..
emm..byk lah nk cerita..tp cukup setakat ini dlu...ok..